Norhasmiza's FotoPage

By: Norhasmiza Shariff

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Sunday, 20-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Raya & Newborn

Hari ini,tanggal ! Syawal 2009 seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.Pastinya tahun nie Syawal amat bermakna buatku kerana aku dapat berpuasa penuh.

Pagi hari raya seperti biasa sibuk dengan anak sulung kesayanganku-Nur Qayra Irdina dan suami.Berbaju sedondon warna gold.yg terkilannya tahun nie aku x dapat berbaju sedondon dgn mereka.Maklum la,kandungan dah mencecah 9 bulan.Kalau ikut tarikh jangkaan, ada lagi 17 hari.Mana la nak cari baju yang sedondon dengan size aku nih.

Selepas bermaafan sesama keluargaku,aku ke rumah mertua pulak.Jaraknya x jauh,dalam 10 minit dah boleh sampai.Sebelum ke sana aku dah dapat kontraksi . aku buat x endah jer kerana mungkin ianya kontraksi palsu.

Sampai di rumah mertua, kontraksi masih lagi ada.aku masih lagi buat tak endah.Tambahan pula orang semakin ramai dtg beraya.Masih sempat lagi melayan tetamu dan mengangkat juadah/minuman walaupun sedang menanggung kesakitan.

Apabila hari sudah semakin petang.perut masih lagi sakit.Kebetulan suami mengajak aku pulang ke rumah ibubapaku pula.Dalam perjalan pulang,ku rasakan sakit semakin kerap.Sampai sahaja di rumah,aku terus bersiap untuk ke hospital disebabkan mama ku dah bising membebel marahkan aku yang masih menahan kesakitan.Jam 6.30 petang aku ke Hospital Kuala Kangsar ditemani suami dan mamaku.

Masuk sahaja ke perkarangan hospital,aku dah mula terasa ngeri.Aku pernah bercakap dengan member sepejabat bahawa aku x kan bersalin di hospital kuala kangsar.x sanggup aku bersalin di hospital kerajaan .mahu x mahu,aku gagahkan juga buat pemeriksaan kandungan.

Setelah diperiksa, rupanya bukaan serviks sudah menjangkau 3 cm.Terkejut bukan kepalang, nurse sahkan aku akan bersalin hari tu jugak.Selagi lagi aku terbayangkan member sepejabat.Memang masin mulut diorang, aku bersalin pada tarikh 20092009.



[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net